Search This Blog

Thursday, June 9, 2011

MANA DULU?


"Ayam dulu atau telur dulu?"

Ada yang kata telur dulu dan tak kurang juga yang kata ayam dulu. Maka terbentuk 2 kumpulan besar. Masing-masing tidak mahu mengalah. Saya juga ada jawapan sendiri. Mulanya saya berkata, "Ayam dulu, barulah telur." Tapi kawan saya memberi hujahnya bahawa bila ada telur maka barulah ada ayam. Saya hampir terpengaruh pada dakwanya tetapi sorang rakan lain pulak tetap mengatakan bahawa ayam perlulah dulu. Wah! Mana dulu ya? Semakin ramai memberi jawapan di samping alasannya. Saya menjadi pemerhati akhirnya.

"Mana dulu?"

"Ayam dulu atau telur dulu?"

Tiba-tiba soalan itu diubah kepada, "Mengenal diri dulu atau mengenal Tuhan dulu..." maka apa pula jawapannya? Perdebatan semakin hebat bila ada yang kata perlunya mengenal diri dulu sebelum mengenal Tuhan, dan ada yang sebaliknya. Maka mana dulu ya?

Sunday, June 5, 2011

HIDUP BERTAKWA




"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (Al-Nisa, 1)




Sebermula dari wujudnya manusia yang pertama, manusia telah disuruh bertakwa hanya kepada Allah sahaja. Bertakwa itu tandanya dia menurut perintah Allah... melakukan semua suruhan Allah dan meninggalkan semua larangan Allah. Sebagai khalifah yang mentadbir alam, maka manusia juga perlu melakukan amanah mentadbir alam di mana keutamaan yang perlu mereka lakukan adalah mengadakan hubungan silaturahim dengan manusia lain terutama yang beragama Islam. Perlulah mereka sedar bahawa Allah sentiasa mengawasi mereka agar apa yang mereka lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan dan di balas di akhirat kelak.

Saturday, June 4, 2011

WARNA ALAM


"Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)." (Al-Ra'd : 1)


Sayup-sayup si jampuk berdendang sayup...
Sayup-sayup si kodok bermain riang...
Serangga malam bernyanyi riang...
Tapi itu hanyalah kisah semalam...
Kerana hari ini tidak seindah itu...
Malam makin sayup..
Namun sunyi sepi tiada berbunyi..
Ke mana perginya Jampuk dan Kodok...
Telah pupuskah serangga itu
Yang ada hanya memori..
Mengingati kisah semalam..
Semoga hati tenang..
Dalam rahmat Mu..
Tuhan....



Sesungguhnya alam ini amat ajaib. Sesungguhnya alam ini amat unik. Sesungguhnya alam ini amat menyendiri. Di dalamnya ada seribu macam cerita. Di dalamnya ada seribu macam misteri. Di dalamnya ada seribu macam pengabdian.

Mengapa tidak ramai mengertikan bahawa di alam ini ada mengandungi pengajaran amat banyak yang perlu dimengerti. Melihat alam dilangit. Tidakkah mata melihat betapa besarnya alam ini. Tidakkah pelik melihat dia berdiri sendiri tanpa perlu tiang seri? Ada bulan dan bintang, matahari tergantung tanpa perlu bertali. Siapakah yang mencipta dan menjadikannya?

Beredar bumi dan rakan-rakan mengelilingi matahari. Dalam jadul tersendiri. Lengkap satu pusingannya maka genaplah setahun masehi. Bulan mengelilingi bumi. Lengkap satu pusingannya maka genaplah satu bulan hijrah. Siapa yang mengerak dalam sistemnya?

Ini hanya satu contoh... sedang banyak lagi rahsia alam ini perlu dicari. Maka mengapa perlu ada yang mendiamkan diri?

Ini hanya satu contoh... sedangkan alam ini penuh berwarna-warni bagi mereka yang mengerti.

Maka kepada siapa perlu kita mengabdikan diri jika bukan hanya kepada Allah YAng Maha Esa. Syukur manusia hanya kepada Nya sahaja. Sungguh kita akan dipertemukan kepada Nya di akhirat sana... menanti kepada hukuman Nya. SubhanaAllah... ampunkanlah kami...