Search This Blog

Saturday, June 4, 2011

WARNA ALAM


"Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)." (Al-Ra'd : 1)


Sayup-sayup si jampuk berdendang sayup...
Sayup-sayup si kodok bermain riang...
Serangga malam bernyanyi riang...
Tapi itu hanyalah kisah semalam...
Kerana hari ini tidak seindah itu...
Malam makin sayup..
Namun sunyi sepi tiada berbunyi..
Ke mana perginya Jampuk dan Kodok...
Telah pupuskah serangga itu
Yang ada hanya memori..
Mengingati kisah semalam..
Semoga hati tenang..
Dalam rahmat Mu..
Tuhan....



Sesungguhnya alam ini amat ajaib. Sesungguhnya alam ini amat unik. Sesungguhnya alam ini amat menyendiri. Di dalamnya ada seribu macam cerita. Di dalamnya ada seribu macam misteri. Di dalamnya ada seribu macam pengabdian.

Mengapa tidak ramai mengertikan bahawa di alam ini ada mengandungi pengajaran amat banyak yang perlu dimengerti. Melihat alam dilangit. Tidakkah mata melihat betapa besarnya alam ini. Tidakkah pelik melihat dia berdiri sendiri tanpa perlu tiang seri? Ada bulan dan bintang, matahari tergantung tanpa perlu bertali. Siapakah yang mencipta dan menjadikannya?

Beredar bumi dan rakan-rakan mengelilingi matahari. Dalam jadul tersendiri. Lengkap satu pusingannya maka genaplah setahun masehi. Bulan mengelilingi bumi. Lengkap satu pusingannya maka genaplah satu bulan hijrah. Siapa yang mengerak dalam sistemnya?

Ini hanya satu contoh... sedang banyak lagi rahsia alam ini perlu dicari. Maka mengapa perlu ada yang mendiamkan diri?

Ini hanya satu contoh... sedangkan alam ini penuh berwarna-warni bagi mereka yang mengerti.

Maka kepada siapa perlu kita mengabdikan diri jika bukan hanya kepada Allah YAng Maha Esa. Syukur manusia hanya kepada Nya sahaja. Sungguh kita akan dipertemukan kepada Nya di akhirat sana... menanti kepada hukuman Nya. SubhanaAllah... ampunkanlah kami...

No comments:

Post a Comment