Search This Blog

Tuesday, November 15, 2011

Mengapa alam kelihatan indah...



Sebelum manusia dijadikan, sesungguhnya alam di dunia ini telah ada. Berjuta-juta tahun dahulu telah ada laut, daratan, udara, tumbuh-tumbuhan, binatang dan sebagainya. Sesungguhnya keunikan alam semulajadi telah diiktiraf dan dikagumi oleh manusia bila dengan hanya melihatnya boleh menyebabkan sebahagian manusia merasa insaf dengan penciptaannya sehingga mereka merasa tenang. Namun rasa tenang itu lebih mudah tercerna apabila mereka melihat alam semula jadi yang tiada campur tangan manusia yang membina struktur binaan, menarah bukit, membuang sampah dan sebagainya.

Alam semulajadi yang menenangkan itu boleh menenangkan perasaan manusia terutama yang gelisah apabila Allah jadikanalam dengan sifat-sifat seperti berikut :

1. Mizan (simetri) - Sifat Mizan mempunyai dua entiti atau polariti saling bertentangan sifat, umpamanya bentuk haiwan simetri dan kehidupan dunia yang hidup berpasangan menunjukkan bahawa komponen alam tidak berfungsi sendirian.

2. Tamazun (keseimbangan terbentuk akibat sifat kesimetrian) - Ia adalah susun atur elemen yang berkesenambungan dan rekabentuk yang mengikut fungsi sehingga menyebabkan seluruh alam kelihatan berharmoni. Peraturan Allah yang menghalang manusia melakukan gangguan terhadap alam ini adalah agar manusia tidak melakukan kerosakan kepada alam sehingga menghilangkan sifat Tamazun ini.

3. Nasim (kesegaran) - Sifat kesegaran ini boleh didapati dari warna alam yang menyegarkan yang menunjukkan adanya Rahmat Allah kepada kehidupan. Ia ditunjukan melalui warna kesuburan kehijauan tumbuh-tumbuhan dan warna fauna dalam pelbagai jenis dan bentuk.

4. Jamal (keindahan) - Sifat keindahan di alam ini adalah didapati dari ke tiga-tiga sifat di atas yang saling berhubung kait. Sekiranya salah satu sifat tiada maka akan hilanglah keindahan di sesuatu tempat itu. Sesungguhnya sesuatu peristiwa itu dilihat dilihat indah jika ia dipersepsikan dalam sudut keTuhanan kepada Allah. Allah menciptakan keseluruhan alam dengan sifat Jamal, iaitu salah satu nama Allah. Ini menunjukkan bahawa Allah adalah teramat indah dan Dia suka kepada keindahan.

Memandangkan peranan tumbuhan amat penting dalam menyediakan persekitaran indah dan menenangkan maka usaha mengindah dan menghijaukan alam persekitaran perlu dilakukan bila alam semulajadi diterokai manusia untuk pembangunan. Oleh itu memandangkan setiap kita ini mempunyai tanggung jawab memimpin dan mentadbirkan bumi ini maka usaha-usaha perlu dilakukan bagi mempastikan kesenambungan alam tetap terjaga baik seperti mana yang dikurniakan oleh Allah. Kegagalan kita hanya menggundang kepada kerosakkan bumi dan seterusnya membahayakan kita baik di dunia mahupun di akhirat. Alam ini adalah amanah kita.

No comments:

Post a Comment